Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Sempena bulan Ramadan 1446/2025 yang bakal menjelang, sebanyak 6,868 kotak kecil kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia hari ini diagihkan kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya di majlis penyampaian kurma kurnia di Dewan Citra Budaya, KKBS.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan) selaku menjalankan tugas Setiausaha Tetap (Kesukanan), KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diketuai oleh Pegawai Kerja (Perantis), Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, KKBS, Awang Muhammad Afif bin Ali.
Majlis diteruskan dengan penyerahan kurma kurnia peribadi kepada pegawai dan kakitangan serta jabatan-jabatan di bawahnya termasuk untuk ahli-ahli keluarga masing-masing.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, Belia dan Sukan, Awang Muhammad Afif. Turut hadir ketua-ketua jabatan, ketua-ketua bahagian serta pegawai dan kakitangan KKBS.