Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga mahkamah terap keselamatan kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Seramai 83 orang hakim di mahkamah sivil dan tinggi serta rendah syariah, Pemangku Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah dana Mahkamah Sivil serta Jabatan Kehakiman Negara menghadiri Taklimat Keselamatan Kebakaran yang dikendalikan di Mahkamah Syariah, di sini, kelmarin.

    Dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi ‘A’, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), ia bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada warga mahkamah syariah dan sivil di samping memupuk rasa bertanggungjawab serta mengambil berat mengenai aspek keselamatan kebakaran.

    Turut hadir semasa taklimat berkenaan ialah Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Turut ditekankan semasa taklimat itu ialah latihan pengosongan bangunan yang seharusnya dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi mematikan keberkesanan prosedur yang efektif dan bersistematik dalam menghadapi kecemasan kebakaran.

    JBP juga menyatakan bahawa jabatan berkenaan menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Umum Life Saver 995 dan Kursus Marsyal Bomba bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Yang Berhormat Ketua Hakim Syarie serta warga mahkamah syariah dan sivil menghadiri Taklimat Keselamatan Kebakaran di Mahkamah Syariah, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda