THE HAGUE, 14 APRIL – Polis sempadan Belanda menahan tiga warganegara Malaysia kerana cuba menyeludup ratusan ribu anak ikan belut melalui lapangan terbang Schiphol, Amsterdam, menurut pihak berkuasa hari ini.
Dua orang lelaki dan seorang wanita telah ditahan pada Isnin selepas pegawai merasa curiga apabila mereka cuba membawa lapan beg bagasi melepasi kawalan keselamatan lapangan terbang, menuju Malaysia melalui Portugal.
“Di dalam bagasi tersebut terdapat beg berisi air dan anak ikan belut,” kata pemerhati makanan dan barangan Belanda NVWA.
“Inspektor NVWA menemui 105 kilogram atau bersamaan 300,000 ikan belut laut,” menurut badan tersebut dalam kenyataannya.
“Ikan belut tersebut telah dilepaskan semula ke perairan Belanda.”
Sejak empat dekad lalu, populasi ikan belut Eropah yang terancam semakin berkurang, menurun setinggi 99 peratus di beberapa kawasan, menurut angka dikeluarkan oleh Kesatuan Eropah.
Ikan belut laut sangat berharga di Asia, di mana ia mungkin dipelihara di ladang, melebih harga kaviar pada pertengahan tahun 2000.- AFP