Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Malaysia didenda miliki rokok seludup

    Oleh Fadley Faisal – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Seorang warga Malaysia berusia 41 tahun, Tan Kim Yong didenda $9,600 atau berdepan hukuman penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda itu, selepas mengaku bersalah memiliki rokok seludup di hadapan Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid semalam.

    Kejadian berlaku pada 6 September lalu, kira-kira jam 6:40 pagi, ketika pegawai pencegahan kastam memeriksa kenderaan defendan di ruang masuk di Pos Kawalan Sungai Tujoh dan menemui serta merampas 11 karton dan 10 peket rokok pelbagai jenis. Mahkamah juga mengarahkan rokok dimusnahkan.

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda