Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Warga Malaysia maut dalam kemalangan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Seorang lelaki warga asing maut dalam nahas motosikal di Lebuhraya Lumut, Daerah Belait pada 4 Disember lalu.

    Balai Polis Sungai Liang, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan kejadian berkenaan yang berlaku di kawasan lampu isyarat, Lebuhraya Lumut pada pukul 10 pagi dan mangsa merupakan warga Malaysia berusia 37 tahun.

    Menurut PPDB, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati insiden melibatkan sebuah motosikal dan penunggang yang didapati tidak sedarkan diri telah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, bahu dan depan badan.

    Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak paramedik semasa kejadian.

    Walau bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan dan kematian tersebut.

    PPDB dalam kenyataannya juga menegaskan kepada orang ramai terutama para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu, menitikberatkan aspek keselamatan yang melibatkan kawalan had laju, pemakaian tali pinggang keselamatan dan topi keledar yang bersesuaian, sentiasa peka dan bertolak ansur lebih-lebih lagi penunggang motosikal.

    Lokasi kemalangan yang meragut nyawa penunggang motosikal warga Malaysia. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...