Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga MPC menderma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Syarikat Pelabuhan Muara (MPC) hari ini, telah menganjurkan kempen derma darah di Terminal Pusat Kapal Persiaran di Pelabuhan Muara yang disertai oleh kakitangan MPC dan komuniti pelabuhan.

    Kempen yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha itu dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Zeng Caili yang menggalakkan MPC untuk menganjurkan kempen berkenaan buat kali kedua.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan MPC, dengan tema ‘Derma Darah, Selamatkan Nyawa, Kita adalah MPC’, kempen antara lain bertujuan untuk meningkatkan sokongan masyarakat MPC dalam usaha untuk memberikan ‘hadiah kehidupan’ melalui pendermaan darah seterusnya menjalani gaya hidup sihat dan membantu menambah bekalan darah bagi mereka yang
    memerlukan.

    Zeng Caili ketika menderma darah pada kempen yang diadakan di Terminal Pusat Kapal Persiaran, Pelabuhan Muara. – Gambar serahan MPC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda