Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga muslimah anjur majlis khatam sempena Hari Keputeraan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Sempena Sambutan Ulang Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 tahun, Muslimah Masjid Kampong Perpindahan Serasa, Brunei Muara telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Masjid Kampong Perpindahan Serasa.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Setiausaha Agung Pertubuhan Wargamas Negara Brunei Darussalam, Ustazah Hajjah Sinega binti Haji Swadi.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyyah serta doa sebelum membaca Al-Quran yang dipimpin oleh Kumpulan Beliawanis Masjid Kampong Perpindahan Serasa.

    Bacaan surah-surah khatam dan doa khatam pula diketuai oleh Ketua Muslimah Masjid Kampong Perpindahan Serasa, Ustazah Dr Mariam binti Haji Abd Rahman. Seterusnya, bacaan takhtim dan dikir marhaban turut diketuai oleh Kumpulan Beliawanis Masjid Kampong Perpindahan Serasa.

    Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta khatam yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Turut menyemarakkan majlis ialah kumpulan muslimah jemputan yang terdiri daripada Muslimah Masjid Setia Ali Pekan Muara, Muslimah Masjid Kampong Kapok, Muslimah Masjid Az-Zakireen Meragang, serta Muslimah Masjid An-Naim Mengkubau.

    Acara diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan diakhiri dengan bacaan doa penutup majlis oleh Ketua Imam Masjid Kampong Perpindahan Serasa, Imam Md Amirul Rahmad bin Haji Mohammad.

     

    Semua di atas: Antara suasana semasa majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda