Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Muslimah anjur walkaton Kg Limau Manis

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Ahli Muslimah Masjid Kampung Limau Manis telah mengadakan acara walkaton yang dianjurkan dengan kerjasama AJK Takmir masjid berkenaan baru-baru ini.

    Turut hadir ialah Yang Mulia Penghulu Mukim Pengkalan Batu, Awang Hj Arfan bin Hj Md Yussof; Ketua Kg Wasan & Panchor Murai, Awang Moktal bin Hj Besar dan Pemangku Ketua Kampung Limau Manis, Awang Haji Muhaimin bin Hj Johari serta imam-imam masjid.

    Acara berkenaan telah disertai kira-kira 180 peserta yang terdiri daripada jemaah masjid, ahli muslimah, belia masjid, ahli keluarga dan penduduk Kampung Limau Manis, Kampung Wasan dan Batang Perhentian.

    Tujuan acara walkaton ini diadakan adalah menggalakkan orang ramai untuk bersenam dan beriadah serta menjaga kesihatan jasmani melalui aktiviti berjalan kaki yang santai di samping merapatkan lagi silaturahim sesama jemaah masjid & penduduk kampung.

    Semua di atas: Antara suasana semasa acara berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN MUSLIMAH MASJID KG LIMAU MANIS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda