Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga muslimah hayati keindahan seni tulisan khat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Tulisan khat merupakan salah satu seni penting dalam peradaban Islam yang menitikberatkan keindahan dalam penulisan berlandaskan peraturan dan kaedah tertentu.

    Sehubungan itu, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid telah menganjurkan Pertandingan Khat Kelas Bimbingan Muslimah Senegara yang memberi tumpuan kepada seni Khat Nasakh.

    Pagi tadi telah berlangsung majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan tersebut di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong dengan kehadiran Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi, isteri kepada Menteri Hal Ehwal Agama selaku t Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

    Pertandingan tersebut bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai seni tulisan khat dalam kalangan para muslimah, selain mencungkil bakat, menanamkan minat serta menerapkan kemahiran penulisan khat kepada peserta Kelas Bimbingan Muslimah di seluruh negara.

    Majlis turut diserikan dengan pameran hasil kerja para pemenang pertandingan serta karya seni khat daripada Syarikat Zayn Calligraphy. Para hadirin juga berpeluang menyaksikan demonstrasi teknik tulisan khat yang dikendalikan oleh Pegawai Kegiatan Luar (SkiPPA), Unit Penerbitan Mushaf, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Mohammad Hamizan bin Begawan Mudim Haji Amran.

    Penganjuran pertandingan sedemikian diharap dapat memperkasa peranan muslimah dalam mendalami serta menghayati keindahan seni warisan Islam melalui tulisan khat.

    Datin Hajah Nahriah hadir selaku tetamu kehormat ke majlis berkenaan.
    Datin Hajah Nahriah semasa menyampaikan hadiah.
    Antara yang hadir ke majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda