Oleh Fadley Faisal
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Berikutan kerjasama erat di antara kementerian luar Myanmar dan kedutaannya di Kuala Lumpur dan Bandar Seri Begawan, lebih ramai warga Myanmar yang telah terkandas sejak September 2020 di Brunei akhirnya dapat pulang.
Duta Besar Myanmar ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama U Htin Lynn dan kakitangannya semalam mengucapkan selamat belayar kepada tujuh warga Myanmar termasuk dua ahli keluarga kakitangan kedutaan, lima bekerja di Brunei dan menamatkan kontrak pekerjaan mereka, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Warga Myanmar juga diberikan pakej penjagaan kesihatan, yang termasuk penutup mulut dan hidung, sarung tangan dan pensanitasi tangan, sebelum mereka berlepas ke Kuala Lumpur menerusi Penerbangan Diraja Brunei BI 873 semalam dan seterusnya ke Yangon pada hari berikutnya melalui Penerbangan Antarabangsa Myanmar yang diaturkan oleh kerajaan Myanmar.
