Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga NZ dilarang papar simbol geng

    WELLINGTON, 21 NOV – Larangan terhadap rakyat New Zealand memakai atau memaparkan simbol keanggotaan geng di tempat awam berkuat kuasa hari ini, dengan pegawai polis membuat tangkapan pertama hanya tiga minit selepas itu.
     
    Seorang lelaki ditahan kerana memaparkan simbol geng di papan pemuka keretanya, kata Pesuruhjaya Polis Richard Chambers kepada 1News.
     
    Larangan tersebut meliputi pemaparan simbol geng di luar rumah persendirian, termasuk pada pakaian atau dalam kenderaan.
     
    Langkah itu merupakan sebahagian daripada pelbagai tindakan baharu yang bertujuan meningkatkan kuasa polis dalam mematahkan kumpulan geng.
     
    Memakai atau memaparkan simbol 35 geng yang disenaraikan kini boleh dikenakan denda sehingga AS$2,940 atau penjara hingga enam bulan. – AP
    Ahli-ahli geng yang bertanda berkumpul sebelum berarak ke parlimen semasa protes terhadap undang-undang yang dicadangkan yang akan mentakrifkan semula perjanjian asas negara antara Orang Asli Māori dan Mahkota British, di Wellington, New Zealand, pada 19 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda