Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Julai – Seramai 50 orang pelajar yang mempunyai masalah pendengaran menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya yang diadakan di kediaman Awang Roslan bin Haji Abdul Razak, baru-baru ini.
Majlis tersebut yang dikendalikan oleh Yang Di-Pertua Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Awang Muhammad Nur Azwan bin Haji Aziz.
Dianjurkan oleh warga OKP dan Syarikat Tuan Haji Abd Khani bin Haji Abd Kadir, majlis bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim.
Di samping itu, ia juga diadakan untuk memberi peluang kepada tetamu untuk mempelajari bahasa isyarat secara spontan supaya mereka boleh berkomunikasi dengan warga OKP.
Selain itu, beberapa orang tetamu juga melahirkan hasrat untuk mengikuti kelas bahasa isyarat yang dikendalikan oleh ahli Jari-Jari Ku.
