Tuesday, October 8, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Pakistan penerima pingat diraikan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Okt – Warga Pakistan yang menetap di Brunei yang menerima pingat atas perkhidmatan mereka daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah diraikan pada majlis resepsi yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Brunei Darussalam, baru-baru ini.

    Semasa menghoskan resepsi berkenaan, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Brunei Darussalam, Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan menghargai prestasi dan perkhidmatan warga Pakistan di Brunei dalam pelbagai bidang yang diiktiraf oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan menganugerahkan mereka pingat.

    Beliau seterusnya berkata bahawa mereka adalah antara contoh terbaik rakyat Pakistan di luar negara dan meyakinkan mereka akan sokongan penuhnya.

    Dalam pada itu, beliau juga menggesa mereka untuk bekerja keras dan terus memberi menjadi ahli produktif dalam komuniti Pakistan di Brunei dan memainkan peranan mereka untuk menggalakkan ikatan persaudaraan di antara kedua-dua buah Negara.

    Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan bergambar ramai bersama para penerima pingat yang diraikan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda