Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu adakan bacaan Yasin dan tahlil

    KOTA KINABALU, 23 APRIL – Warga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu hari ini mengadakan bacaan Yasin dan tahlil buat anggota yang terkorban dalam nahas udara di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi tadi.

    Markas Pemerintahan Armada Timur dalam hantaran menerusi laman Facebook memaklumkan bacaan Yasin dan tahlil itu diadakan di Masjid Ibnu Battuta, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar di sini.

    Menurut hantaran itu warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa.

    “Sesungguhnya pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan akan mendapat sebaik-baik ganjaran di sisi Allah SWT.

    “Kami mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan bersemadi bersama orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran berkenaan.

    TLDM hari ini mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9:32 pagi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

    HOM-AW139 terbabit dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. – Bernama

    Bangkai pesawat helikopter yang terhempas dalam satu insiden di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...