Sunday, April 2, 2023
24.6 C
Brunei

-

Warga Perancis antara korban kemalangan bas di Mesir

KAHERAH, 13 APRIL – Empat warga Perancis dan seorang warga Belgium antara 10 yang terkorban dalam kemalangan bas hari ini di Mesir, yang industri pelancongannya baru hendak pulih daripada pergolakan politik selama sedekad dan pandemik COVID.

Manakala 14 yang lain – lapan warga Perancis dan enam dari Belgium – telah dibawa ke hospital dengan ‘kecederaan patah tulang, lebam dan kecederaan di muka’ tetapi kesemuanya dalam keadaan stabil, menurut gabenor wilayah selatan Aswan.

Lima lagi yang terkorban merupakan penduduk Mesir.

Kemalangan berlaku pada awal pagi apabila bas bertembung dengan sebuah kereta ketika ia membawa pelancong dalam perjalanan sejauh 300 kilometer antara Aswan dan kuil Abu Simbel di bahagian selatan.

Kemalangan jalan raya sering berlaku di Mesir, di mana jalan raya kebanyakannya tidak diselenggarakan dan peraturan trafik sering tidak dipatuhi.

Kira-kira 7,000 orang maut dalam kemalangan jalan raya di negara itu pada 2020, menurut angka rasmi.

Kuil Abu Simbel telah dipindahkan daripada lokasi asalnya pada 1960an di bawa peme-rintahan Presiden Gamal Abdel Nasser untuk memberi laluan untuk pembinaan Empangan Besar Aswan.- AFP

Sebuah bas terbakar selepas terlibat dalam pertembungan dengan sebuah kereta di Mesir. Kemalangan bas tersebut telah mengorbankan 10 orang termasuk empat warga Perancis dan seorang warga Belgium.- AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -