Wednesday, February 5, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Perancis yang dihukum mati di Indonesia dipulangkan

    JAKARTA, 4 FEB – Seorang warga Perancis yang dihukum mati di Indonesia sejak 2007 kerana kesalahan dadah akan dihantar pulang ke negara asalnya, hari ini, di mana dia berharap untuk diberi kebebasan.

    Indonesia, yang mempunyai beberapa undang-undang dadah yang paling ketat di dunia, dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah membebaskan enam tahanan berprofil tinggi, termasuk seorang ibu Filipina yang berdepan hukuman mati dan lima anggota terakhir kumpulan dadah yang digelar ‘Bali Nine.’

    Serge Atlaoui, 61, akan dibawa dengan konvoi dari penjara Salemba di Jakarta ke lapangan terbang utama bandar itu sebelum diserahkan kepada pegawai polis Perancis dengan menaiki penerbangan komersial ke Paris dan dijangka akan tiba, esok.

    “Apabila tiba, dia akan dibawa ke Bobigny (pinggir Paris), dikemukakan kepada pendakwa raya dan kemungkinan besar ditahan sementara menunggu keputusan mengenai penyesuaian (hukumannya),” kata peguamnya, Richard Sedillot kepada AFP.

    Kemudian dalam beberapa minggu atau bulan akan datang peguam akan meminta mahkamah Perancis untuk menyesuaikan hukumannya agar memberikan kebebasannya”.

    Atlaoui, semasa sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta di Tangerang pada 4 Februari. – AFP

    “Serge gembira dan tenang. Tetapi dia akan memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan semula dirinya,” tambah Sedillot.

    Perancis meminta beliau kembali secara rasmi pada 4 November selepas perjanjian antara Menteri Kehakiman Perancis, Gerald Darmanin, dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Yusril Ihza Mahendra, pada 24 Januari.

    Dalam perjanjian itu, Jakarta berkata mereka telah memutuskan tidak menghukum mati banduan” dan membenarkannya kembali atas alasan kemanusiaan kerana dia sakit.

    Atlaoui telah menerima rawatan perubatan mingguan di hospital berdekatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda