Saturday, December 28, 2024
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga PTET, ibu bapa sertai Program Lakau-lakau

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 31 Julai – Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET) melalui Jabatan Kokurikulum (CCA) dan Staff Welfare Guild telah mengadakan Program Lakau-lakau bagi para pensyarah dan kakitangan PTET di Sungai Basong, Tutong, baru-baru ini.

    Turut hadir menyertai aktiviti tersebut ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran PTET, Awang Almasri bin Haji Sulaiman dan Timbalan Pengetua Akademik, Dayang Rozieana binti Haji Zini bersama beberapa orang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang diketuai oleh Pengerusi PIBG PTET 2017/2018, Haji Amit bin Haji Omar.

    Menurut Senior Master CCA selaku Pengerusi Bersama, Awang Muhd Shahnofazli bin Haji Sabli, antara objektif aktiviti tersebut diadakan adalah untuk mempromosi kehidupan sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pensyarah-pensyarah PTET bersama ibu bapa dan penjaga pelajar.

    Aktiviti tersebut dimulakan dengan lawatan ke Taman Herba di kawasan rumah warisan etnik Sungai Basong dan seterusnya mengadakan sesi memanaskan badan sebelum mendaki bukit kira-kira 2.5km di Sungai Basong.

    Antara ahli PIBG dan pensyarah-pensyarah PTET yang hadir mengikuti Program Lakau-lakau semasa mendaki bukit di Sungai Basong, baru-baru ini.
    Antara ahli PIBG dan pensyarah-pensyarah PTET yang hadir mengikuti Program Lakau-lakau semasa mendaki bukit di Sungai Basong, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda