Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga SMALHB, pesara guru hulur bantuan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) telah mengadakan aktiviti ‘Ihya Ramadhan’ iaitu ‘Menghidupkan Ramadan,’ menerusi Program Amal SMALHB Prihatin.

    Program amal tersebut merupakan aktiviti kemasyarakatan bertujuan untuk meringankan beban keluarga para pelajar SMALHB yang kurang berkemampuan bagi kegunaan mereka pada bulan Ramadan ini serta bagi mengeratkan lagi ukhuwah sesama warga SMALHB dan ahli keluarga para pelajar berkenaan.

    Sumbangan yang dihulurkan adalah dalam bentuk barang keperluan seharian seperti beras, minyak, gula, mi dan lain-lain keperluan lagi.

    Sebanyak 56 buah keluarga pelajar telah terpilih untuk menerima sumbangan yang mana warga SMALHB telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan untuk menyampaikan sumbangan tersebut mengikut kawasan tadahan di keempat-empat daerah.

    Sementara itu, kumpulan guru-guru bersara atau Pesara Guru juga tidak ketinggalan tampil menghulur sumbangan kepada seramai 64 orang anak yatim dari 13 buah sekolah rendah yang terpilih di Daerah Brunei dan Muara pada satu majlis yang berlangsung di Sekolah Rendah Rimba, di sini.

    Majlis tersebut merupakan acara tahunan Pesara Guru bertujuan membantu meringankan beban anak-anak yatim dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

    Sumbangan disampaikan oleh Awang Mutalip bin Hamdan mewakili guru-guru bersara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda