Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga SMB beramal

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Seramai 28 orang anak yatim dan 10 keluarga kurang berkemampuan dari Sekolah Menengah Berakas, (SMB) telah menerima sumbangan dalam Program Khairat Ta’awun Fii Ramadan sempena bulan Ramadan, baru-baru ini.

    Majlis penyampaian khairat yang berlangsung di sekolah berkenaan itu diketuai oleh Pengetua SMB, Alexandar bin Badang.

    Dengan adanya sumbangan berupa barangan keperluan Hari Raya dan senaskhah Al-Quran itu diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dan keluarga penuntut di samping dapat mengurangkan beban dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

    Pengetua SMB bergambar ramai bersama penerima sumbangan dalam Program Khairat Ta’awun Fii Ramadan SMB.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda