Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Pegawai Kehakiman Nur Sariy Shahmina binti Haji Jaffri akan menjatuhkan hukuman terhadap seorang warga tempatan yang mengaku bersalah, hari ini, atas tiga pertuduhan mencuri.
Pertuduhan Pendakwa Raya Nurulatikah binti Haji Husaini terhadap Reduan bin Japar, 39, menyatakan bahawa dia telah mencuri sebuah kereta dari sebuah rumah di Kampung Kiulap pada waktu pagi antara 2 dan 3 Januari lalu.
Defendan turut mencuri sebuah lagi kereta dari sebuah premis perniagaan di Jalan Gadong antara 8 hingga 12 Februari lalu.
Pada 11 Februari lalu, defendan telah mencuri sekotak paku kayu dari sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Bunut, Jalan Tutong.


