Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lelaki hilang dipercayai disambar buaya

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Seorang lelaki warganegara tempatan dilaporkan hilang ketika sedang merambat ikan di kawasan Sungai Belait dan dipercayai disambar buaya sekitar 7 malam tadi.

    Balai Polis Kuala Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan telah menerima aduan mengenai kejadian berkenaan dan sehingga hari ini, pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian dan usaha mencari mayat mangsa masih dijalankan.

    PPDB memohon orang ramai ataupun saksi mata yang mengetahui ataupun menyaksikan kejadian berkenaan untuk tampil ke mana-mana balai polis yang berdekatan untuk membantu siasatan.

    Di kesempatan ini, PPDB mengingatkan orang awam agar berhati-hati dan utamakan keselamatan dengan menghindari sebarang aktiviti di kawasan perairan atau sungai yang diketahui sebagai habitat buaya.

    Lokasi seorang lelaki tempatan dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar buaya. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...