Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga tempatan seludup 265 kotak rokok ditahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 DIS – Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki menyeludup masuk barang tegahan berupa sejumlah 265 kotak rokok pelbagai jenis dari negara jiran semasa operasi pencegahan dan pemantauan jenayah di satu kawasan di Daerah Temburong baru-baru ini.

    Operasi kendalian Balai Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah dijalankan berdasarkan maklumat perisikan melaporkan tempat penyimpanan beberapa katon rokok pelbagai jenis yang diseludup iaitu di sebuah pondok jualan makanan yang juga dipercayai sebagaí tempat jualan barang tegahan berkenaan.

    Kes ini dilaporkan di Balai Polis Bangar untuk penyerahan siasatan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei (JKED) untuk tindakan selanjutnya.

    Pihak PPDB ingin mengingatkan orang ramai untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti jenayah dan melanggar undang-undang negara yang hanya mendatangkan kerugian pada diri sendiri dan keluarga.

    PPDB akan sentiasa bergiat aktif dalam usaha pembanterasan dan pengekangan terhadap kegiatan-kegiatan penyeludupan dan penjualan barangan tegahan di negara ini.

    Antara barang tegahan yang dirampas semasa operasi berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PPDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda