Friday, January 31, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Thailand bebas selepas setahun ditawan di Gaza

    KUMPHAWAPI, 30 JAN – Keluarga seorang pekerja ladang Thai yang ditahan selama lebih setahun di Gaza menangis lega hari ini apabila dia dibebaskan dalam pertukaran tebusan antara Israel dan Hamas.

    Lima rakyat Thailand dibebaskan bersama tiga warga Israel yang ditahan oleh Hamas sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang bertujuan menamatkan perang Gaza.

    Apabila Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober 2023, 31 warga Thai telah diculik, 23 dibebaskan pada akhir tahun itu dan dua disahkan mati pada Mei lalu.

    Kira-kira 10 ahli keluarga telah berkumpul sambil menunggu berita di rumah mereka di ladang getah keluarga di wilayah timur laut Udon Thani.

    Watchara adalah antara enam tebusan warga Thailand yang masih ditahan di Gaza, tetapi apabila pertukaran tahanan diumumkan kelmarin, tiada butiran mengenainya antara enam tebusan itu.

    Watchara berasal daripada golongan miskin, yang tinggal di luar bandar Udon Thani, berpindah ke Israel tiga tahun lalu untuk bekerja sebagai petani bagi mendapatkan gaji yang lebih lumayan.

    Ibu saudara Watchara, Ratana Sriaoun berkata sebelum ini keluarga mereka tidak akan percaya dia selamat selagi mereka belum mendapat pengesahan rasmi.

    Kira-kira 30,000 rakyat Thailand di Israel, kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian yang menawarkan gaji lebih tinggi berbanding di tanah air. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda