Oleh Nurdiyanah R. – BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Warga Universiti Brunei Darussalam (UBD) tidak ketinggalan memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan majlis sambutan di universiti tersebut, hari ini. Pada tahun ini, selain mengadakan Majlis Berdikir 12 Malam di Masjid Universiti, UBD, warga universiti juga melaksanakan program Quranic Journey: Sesi Tadabbur