Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga UNISSA beramal menerusi Infak Ramadan

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 1 MEI – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Halalan Thayyiban (HTSS) telah meneruskan usaha dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan melalui program Infak Ramadan 2022, baru-baru ini.

    Hadir bagi menyempurnakan penyerahan sumbangan yang berlangsung di Kampus Sinaut, UNISSA itu ialah Pengarah PPHT, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim dan Pemangku Timbalan Pengarah PPHT, Dr Zeiad Amjad Abdulrazzak berserta mahasiswa dan mahasiswi HTSS.

    Semasa program tahunan itu, PPHT telah berjaya mengumpulkan sumbangan berbentuk bekalan makanan asasi sebagai persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga Mushaf UNISSA untuk 36 orang penerima yang terdiri daripada 18 pelajar tergolong sebagai anak yatim dan seorang pelajar ibu tunggal serta tiga pelajar antarabangsa PPHT sementara selebihnya disumbangkan kepada kakitangan Kampus Sinaut, UNISSA bagi menghargai jasa mereka dalam menjaga kesejahteraan dan keselamatan kampus tersebut selama ini.

    Sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan daripada Tabung Khairat UNISSA, warga UNISSA dan penderma-penderma perseorangan yang diharap dapat memberikan kesejahteraan kepada penerima-penerima berkenaan di samping sebagai salah usaha untuk berkongsi rezeki dan kegembiraan.

    Pengiran Dr Hajah Norkhairiah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda