Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga Wakayama rai ulang tahun ke-31 Eimei

    TOKYO, 15 SEPT – Lebih 1,000 pencinta panda Jepun telah berkumpul di barat Jepun bagi menyambut ulang tahun ke-31 Eimei, walaupun panda gergasi itu telah kembali ke China selepas tinggal di Jepun selama 28 tahun.

    Sambutan ulang tahun itu diadakan kelmarin di Adventure World, sebuah taman hiburan di Shirahama di wilayah Wakayama, Jepun, tempat panda itu tinggal.

    Acara itu disiarkan secara langsung kepada hampir 10,000 pencinta panda dalam talian.

    Timbalan Konsul Jeneral China di Osaka, Fang Wei, ketika berucap pada majlis itu, menekankan bahawa Eimei dan keluarganya akan terus memainkan peranan positif
    sebagai duta persahabatan China-Jepun.

    Beliau mengalu-alukan peminat Jepun untuk melawat Chengdu, bertemu semula dengan rakan lama mereka Eimei dan meningkatkan lagi ‘cinta kepada panda’ menjadi ‘cinta di antara manusia’ sekali gus menggalakkan persefahaman antara China dan Jepun. – Xinhua

    Panda gergasi makan buluh segar di Pusat Pembiakan Panda Gergasi di Chengdu, Wilayah Sichuan, barat daya China pada 22 Mac. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda