Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wargamas anjur Sambutan Ilal Hijrah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI- Pertubuhan Wargamas pagi tadi tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah yang berlangsung di Ibu Pejabat Wargamas, Berakas.

    Majlis dimulakan dengan Ucapan alu-aluan Yang DiPertua Pertubuhan Wargamas merangkap Pengerusi Majlis, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don.

    Ucapan alu-aluan dari Yang Di-Pertua Awang Haji Abu Bakar.

    Menurut Yang Dipertua, “Sesuai dengan bulan Hijrah ini, saya selaku Yang Dipertua mengimbau agar kitani selalu menjaga imej Pertubuhan Wargamas, marilah kitani hiasi ibu pejabat Pertubuhan Wargamas dengan perpaduan dan Kerjasama yang baik, mulia dan indah demi menaik taraf Pertubuhan Wargamas”.

    Mengenai dengan penyampaian sumbangan derma daripada ahli-ahli atas kembalinya beberapa orang pemimpin dan ahli-ahli Pertubuhan Wargamas, ia bertujuan untuk membantu ahli keluarga yang memerlukan untuk dapat digunakan bagi menampung keperluan keluarga mereka selain daripada sebagai amal jariah pertubuhan berkenaan.

    – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Majlis diteruskan dengan majlis tahlil dan doa tahlil yang disedekahkan khusus buat keluarga dan sahabat pimpinan dan ahli-ahli Pertubuhan Wargamas termasuk keluarga masing-masing yang telah kembali ke Rahmatullah dan disusuli dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Dr Mikdar Rusli, Penolong Kanan Profesor, Fakulti Usuluddin, Koleh Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda