Warganet bantu ringankan beban petugas

MELBOURNE, 3 APRIL – Warganet di Australia menggunakan platform media sosial seperti Facebook, WhatsApp bagi membantu meringankan beban petugas barisan hadapan memerangi wabak koronavirus (COVID-19).

Seorang daripadanya, Chris Nicholas melancarkan kumpulan Facebook, Adopt a Healthcare Worker di Perth pada 14 Mac lalu, dengan tujuan mengajak segelintir `rakan dan kawan kawan’ untuk menyertainya.

“Saya mempunyai kawan yang juga seorang jururawat, dan dia berdepan kesukaran untuk keluar membeli barangan keperluan harian kerana terpaksa bertugas syif yang panjang…jadi saya menawarkan untuk membantunya, dan kemudian saya memikirkan idea ini diperluskan,” kata Nicholas kepada AFP. – AFP