Warganet bimbang kesihatan Jung Ho Yeon

Perkongsian foto terbaharu pelakon Squid Game, Jung Ho Yeon mendapat perhatian warganet yang bimbang dengan kesihatan aktres berkenaan.

Rata-rata warganet dan rakan artis bertanya tentang keadaan kesihatan pelakon itu yang kelihatan terlalu kurus.

Menerusi foto-foto itu, Jung Ho Yeon memakai pakaian ketika menghadiri sebuah acara hiburan di luar negara.

Dalam temu bual dengan Star News, Jung Ho Yeon mendedahkan dia tidak sempat makan kerana terlalu sibuk dengan jadual kerja.

“Berat badan saya turun terlalu banyak. Semua pakaian yang sesuai untuk saya bawa ke Amerika Syarikat sudah terlalu longgar,” ujarnya.

Dia juga mendedahkan berat badannya kini 49 kilogram dengan ketinggian 176 sentimeter.

Dia memberitahu jadual sudah penuh sehingga Februari 2022. – Agensi

Warganet bimbang dengan kesihatan Jung Ho Yeon yang semakin kurus. – Agensi