Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Warganet harap tiada 7HM4

    Drama fenomena 7 Hari Mencintaiku 3 nampaknya sudah pun melabuhkan tirai baru-baru ini.

    Rata-rata penonton meluahkan rasa geram pada minggu akhir ini sehinggakan nama watak utama Khuzairi lakonan Shukri Yahaya dan Mia (Siti Saleha) menjadi trending di Twitter.

    Khuzairi mengambil keputusan untuk menjadi ‘pak sanggup’ dan mahu bernikah dengan Nurul (Wafariena) yang dikatakan hamil anak Pak Samad (Kazar).

    Pada episod akhir babak Nurul diganyang Mak Leha lakonan Liza Abdullah selepas mendapat tahu wanita itu berdendam dengan keluarganya dan telah memfitnah Pak Samad merogolnya menarik perhatian penonton.

    Menerusi babak itu, kelihatan Mak Leha menyerang Nurul selepas wanita itu meluahkan dialog ‘kenapa orang macam engkau ni tak mati saja’ kepada Pak Samad.

    Warganet meluahkan rasa puas hati melihat aksi tersebut dan menganggap Mak Leha telah mewakili perasaan penonton yang terlalu bencikan Nurul. Biarpun drama tersebut berakhir dengan ‘happy ending’, namun segelintir penonton mengharapkan penghujung yang berbeza dan menyedihkan.

    Rata-ratanya tidak mahu Mia memaafkan dan menerima semula suaminya Khuzairi selepas apa yang terjadi.

    Drama ini mengisahkan tentang rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak-anak mereka. – Agensi

    Antara barisan pelakon 7 hari mencintaiku 3. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...