Monday, September 30, 2024
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warganet minta Jihan Muse mohon maaf

    Susulan luahan ditulis oleh Elly Mazlein di Instastory, akaun Instagram milik pengacara Jihan Muse dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet.

    Menurut laporan mStar, menerusi satu hantaran terbaharu di akaun berkenaan, warganet meminta Jihan atau Nur Jihan Muse, 40, tampil memohon maaf dan menyelesaikan segala kemelut yang berlaku.

    “Aku peminat kau Jihan, tolong jangan kecewakan aku. Nanti buat saja permohonan maaf (walaupun tak tahu kes apa), tak mengapa minta maaf saja selepas itu teruskan hidup macam biasa.

    “Cuba kau (Jihan) buat permohonan maaf saja kan senang. Makin lama makin teruk pula isu korang ni.

    “Entahlah kesian dengan Jie (panggilan Jihan) sebenarnya tapi benda dah jadi minta maaf sahajalah. Tabahlah dalam kehidupan ini, ambil pengajaran ya. Kita ni peminat awak (Jihan),” tulis warganet.

    Nama Jihan kembali menjadi sebutan di media sosial. – mStar

    Bukan itu sahaja, ada juga warganet menegur cara pengacara berkenaan dalam mengendalikan program warganet.

    “Kau (Jihan) tak payah kacau pengacara lain.

    “Tak boleh ke jadi pengacara profesional tanpa memerli, mencuit atau membandingkan orang lain. Tolonglah belajar jadi pengacara yang baik dan bijak dalam bertutur.

    “Jadi pengacara memang kena banyak study. Ini tak habis-habis cari benda nak membahan orang. Penuhkan ilmu di dada nampak cerdik bila berkata-kata,” kata warganet.

    Pada Sabtu, Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, secara terbuka menyindir gandingan pengacara Haziq Hussni dan Jihan Muse ketika mengendalikan rancangan The Chosen One yang disiarkan di saluran Astro Ceria.

    Kata Elly, dia berharap tidak menjadi seorang pengacara yang gemar bercakap tentang orang lain ketika di atas pentas. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda