Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warganet muak aksi Bella Astillah, Syed Saddiq

    Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil memberi respon terhadap komen warganet yang kurang senang melihat dia memberikan ‘pick-up line’ kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman sewaktu sesi siaran langsung di media sosial.

    Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkata, tindakannya itu tidak dibuat secara sengaja sebaliknya hanya memenuhi komitmen kerja yang diminta klien.

    “Saya tidak pernah sentuh tentang perkara tersebut sebelum ini tapi saya rasa penting untuk saya jelaskan dan saya harap ini kali pertama dan terakhir saya memberi kenyataan.

    “Ayat-ayat pick-up line itu bukanlah sesuatu yang saya cipta untuk suka-suka. Bila klien minta dengan menunjukkan papan putih tertulis ‘Bella/YB pick-up line’ saya cuma laksanakan apa yang diminta. Ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya,” katanya.

    Bella berkongsi perkara itu bagi menjawab hantaran warganet yang dimuat naik di laman Threads.

    Dalam pada itu, Bella sekali lagi menegaskan apa sahaja ayat yang digunakan adalah mengikut perancangan pihak yang memberi tawaran kerja.

    “Kalau kita nak bincang secara intelektual, saya sangat terbuka tetapi sekadar peringatan mesra, sesi itu bukan sesi siaran langsung di akaun peribadi saya tetapi milik klien” ujarnya.

    Sebelum ini, warganet meluahkan rasa tidak puas hati melihat Bella sering kali memberi pick-up line kepada Syed Saddiq yang dikaitkan dengan dunia hiburan.

    Kata mereka, Syed Saddiq didakwa sudah penat melayan perbuatan aktres berkenaan yang disifatkan berbeza personaliti dengan ahli politik itu.

    “Asyik nak berpick up line 24 jam saja Bella, tak pernah dia berkata tentang hal luar yang bersangkutan dengan kerjaya YB Syed Saddiq.

    “Setidaknya kena masuk sekali dalam dunia realiti YB, asyik-asyik dunia hiburan, YB pun macam dah malas nak melayan boleh tengok reaksi cara dia (Syed Saddiq) menjawab,” tulisnya. –  Agensi

    Bella tampil menjelaskan salah faham yang berlaku dalam kalangan warganet. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda