Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warganet perasan perubahan wajah Lee Kwang Soo

    Pelakon Korea Selatan, Lee Kwang Soo kembali mencuri perhatian warganet selepas tular satu hantaran di sebuah forum dalam talian yang membandingkan perubahan wajahnya sejak awal kemunculan hingga kini.

    Menerusi perkongsian tersebut, ramai yang membuat spekulasi mendakwa bentuk kening aktor berusia 40 tahun itu kelihatan berbeza kerana lebih gelap dan kurang melengkung berbanding dahulu.

    Perubahan kecil itu dikatakan cukup memberi impak besar terhadap penampilannya, menurut laporan mStar.

    Bukan sekadar kening, ruangan komen turut dibanjiri perdebatan mengenai kemungkinan Kwang Soo melakukan prosedur kosmetik pada bahagian wajah lain seperti hidung dan gigi.

    “Saya rasa dia pakai braces. Tak banyak berubah, cuma nampak lebih segak dan kemas.

    “Hidung tu jelas lain, bentuk lubang hidung pun berbeza daripada dulu.

    “Saya langsung tak perasan selain kening. Hebat betul siapa yang nampak benda macam ni,” tulis warganet.

    Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan daripada pihak Kwang Soo berhubung dakwaan tersebut. – Agensi

    Penampilan wajah Kwang Soo dilihat berbeza berbanding dahulu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda