Pelakon Bollywood, Kangana Ranaut sempat memberikan ‘pose’ untuk jurugambar sewaktu tiba di lapangan terbang Mumbai untuk menaiki penerbangan ke luar bandar.
Ketika itu, kelihatan dia menunjukkan tanda ‘peace’ sewaktu keluar dari kereta dan berjalan ke dalam terminal.
Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian warganet di India adalah beliau tidak memakai sebarang pelitup muka walaupun pernah disahkan positif COVID-19 pada Mei yang lalu.
“Wah dia tidak memakai topeng pelitup muka,” kata salah seorang warganet. “Kenapa dia tidak memakai pelitup muka?” kongsi warganet lain.
Sehingga kini, Kangana tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dirinya yang tidak memakai pelitup muka sewaktu berada di lapangan terbang.
Terdahulu, bintang Bollywood ini pernah disahkan positif COVID-19 pada Mei 2021 dan memberitahu bahawa dia mempunyai banyak tip untuk melawan virus tersebut, namun dia tidak akan kongsikan tip tersebut kepada peminatnya. – Agensi
