Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warganet syak Selena Gomez balas sindiran Hailey Bieber

    Hubungan dingin antara Selena Gomez dan Hailey Bieber kembali menjadi tumpuan selepas penyanyi berkenaan memuat naik kenyataan sindiran di Instagram. 

    Memetik laporan mStar, segalanya bermula apabila pengasas jenama Rhode Beauty, Hailey Bieber, 28, memberikan kenyataan sinis dalam satu temu bual yang dilihat ditujukan kepada Selena, 33, dan jenama kecantikannya, Rare Beauty.

    Hailey berkata dia tidak merasa bersaing dengan individu yang gagal memberinya inspirasi sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan warganet bahawa ia merujuk kepada Selena. 

    Tidak lama kemudian, Selena tampil dengan respons menerusi satu hantaran di Instagram memberitahu dia enggan peduli dengan kata-kata orang kerana ia sedikit pun tidak menjejaskan kehidupannya. 

    Kemelut antara Selena dan Hailey nampaknya masih belum berakhir.- mStar

    “Dia boleh kata apa sahaja, ia langsung tidak menjejaskan hidup saya”.

    “Ini soal relevan, bukan kepintaran. Bersikap baiklah. Semua jenama memberi saya inspirasi. Ada ruang untuk semua orang. Dan harapnya kita semua boleh berhenti (bergaduh),” ujarnya. 

    Untuk rekod, Selena pernah menjalinkan hubungan dengan suami Hailey, Justin Bieber, selama hampir lapan tahun sebelum berpisah secara rasmi pada Mac 2018.

    Hailey dan Justin kemudiannya berkahwin pada tahun sama dan menyambut kelahiran anak pertama mereka, Jack Blues, pada tahun 2024.

    Pada 27 September lalu, Selena sah bergelar isteri kepada penerbit muzik, Benny Blanco dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Santa Barbara, California.- Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda