Warganet teruja lihat wajah anak kedua Kareena Kapoor

Beberapa foto aktres terkenal Bollywood, Kareena Kapoor memeluk anak damit keduanya, Jeh Ali Khan sebelum dia keluar bekerja menjadi tumpuan pengguna media sosial.

Rata-rata teruja melihat wajah comel anak damit berusia enam bulan itu yang kelihatan mengenakan pakaian berwarna biru dengan bib putih di atasnya.

Setelah menyerahkan anak damit itu kepada pengasuh Jeh Ali, Kareena dilihat memasuki keretanya membawa secawan kopi.

Walaupun ini bukan kali pertama wajah Jeh Ali tular di media sosial, namun ia cukup mengujakan orang ramai kerana Kareena atau suaminya, Saif Ali Khan ‘mengunci’ rapat segala maklumat tentang anak kedua mereka ini.

Untuk rekod Jeh Ali dilahirkan pada 21 Februari lalu.

Jeh Ali mempunyai seorang abang bernama Taimur Ali Khan yang dilahirkan pada 2016.

Setelah melahirkan Jeh Ali, Kareena melancarkan sebuah buku.

Menerusi buku itu, Kareena menceritakan tentang kesukaran yang dihadapinya pada kehamilan keduanya. – Agensi

Kareena Kapoor melahirkan Jeh Ali pada 21 Februari lalu. – Agensi