Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waris empayar Samsung didakwa

    SEOUL, 28 Feb – Waris empayar Samsung dan empat eksekutif tertinggi lain daripada pembuat telefon pintar terbesar dunia didakwa hari ini atas pelbagai dakwaan termasuk rasuah dan pembersihan wang, kata pendakwa Korea Selatan.

    “Pendakwa khas hari ini mendakwa naib pengerusi Samsung Electronics Lee Jae-Yong dengan tuduhan rasuah, pembersihan wang, menyembunyi aset di luar negara dan sumpah bohong,” kata Lee Kyu-Chul, jurucakap untuk kumpulan yang menyiasat satu skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah melihat Presiden Park Geun-Hye didakwa.

    Lee ditahan pada awal bulan ini. Dakwaan formal yang dilemparkan ke atas beliau dan rakan sekerja beliau menjadikan mereka hampir pasti untuk menghadapi perbicaraan, sekali gus menimbulkan ketidakpastian baru berhubung firma terbesar Korea Selatan tatkala ia berusaha berpulih daripada penarikan balik telefon pintar yang memalukan.

    Tiga daripada lima orang, tetapi bukan Lee, meletak jawatan, kata konglomerat di mana Samsung Electronics menjadi kebanggaan. Ia menambah ia sedang ‘membubarkan’ Pejabat Strategi Future, badan penyelaras yang menyelia keputusan penting seperti pemerolehan atau menceburi perniagaan baru.

    Gambar fail pada 18 Januari 2017 menunjukkan Lee Jae-yong, tiba untuk perbicaraan di Mahkamah Daerah Pusat Seoul di Seoul, Korea Selatan. – AP
    Gambar fail pada 18 Januari 2017 menunjukkan Lee Jae-yong, tiba untuk perbicaraan di Mahkamah Daerah Pusat Seoul di Seoul, Korea Selatan. – AP

    Tindakan itu, digambarkan sebagai ‘pelan pembaharuan,’ diumumkan dalam kenyataan lima baris yang dihantar menerusi e-mel beberapa minit selepas pendakwaan.

    Lee, 48, telah menerajui tampuk pentadbiran konglomerat sejak bapanya mengalami serangan jantung pada 2014.

    Di antara dakwaan lain, beliau dituduh membayar hampir AS$40 juta dalam rasuah kepada kawan rapat Presiden Park untuk mendapatkan keistimewaan dasar. Lee, yang juga dituduh menyembunyi aset curi, telah menafikan semua dakwaan.

    Rakan sekerjanya menghadapi dakwaan yang sama kecuali tuduhan sumpah bohong. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda