Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waris penumpang saman Boeing

    WASHINGTON, 29 Mac – Gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat, Boeing telah disaman di sebuah mahkamah persekutuan AS oleh waris seorang penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat jenis 737 MAX terhempas di pinggir Addis Ababa pada Mac, lapor agensi perkhidmatan berita Rusia Sputnik memetik laporan media.

    Waris Jackson Musoni memfailkan saman terhadap Boeing di Daerah Utara Illinois, di mana beberapa lagi saman telah difailkan terhadap syarikat yang berpangkalan di Chicago itu berkaitan nahas serupa di Indonesia pada Oktober, lapor Wall Street Journal pada Khamis.

    Saman keluarga Musoni mendakwa Boeing dan pengawal selia AS sebagai pihak yang bertanggungjawab atas nahas itu susulan kerosakan dalam sistem pengurusan penerbangan pesawat malang terbabit serta kegagalan dalam pensijilan pesawat jenis 737 MAX.

    Kerajaan AS telah mengeluarkan satu perintah kecemasan agar semua pesawat Boeing jenis 737 MAX 8 dan 737 MAX 9 direhatkan susulan nahas dahsyat membabitkan Ethiopian Airlines pada 10 Mac yang meragut 157 nyawa.

    Insiden malang itu berlaku tidak lama selepas nahas pada Oktober di Indonesia yang mengorbankan 189 orang. – Bernama

    Gambar fail yang diambil pada 25 Januari 2011 menunjukkan logo Syarikat Boeing. Waris seorang penumpang dalam nahas pesawat pada Mac lalu telah mengemukakan saman ke atas Boeing. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda