Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Warisan, budaya Melayu kian terhakis

    Pada hujung minggu lalu saya keluar bersama keluarga ke salah sebuah pusat perniagaan di Gadong.

    Saya perhatikan ramai kalangan anak-anak muda kini lebih ‘mengadaptasi’ budaya luar dari segi cara berpakaian, pergaulan hingga kepada gaya hidup berbanding budaya kita sendiri.

    Memang tidak salah untuk mengikut arus kemodenan, namun amat menyedihkan apabila budaya dan adat sendiri seakan-akan tidak diendahkan.

    Sebagai contoh dari segi cara berpakaian adalah tidak salah untuk mengikuti trend terkini, tapi biarlah berpada-pada dan menutup aurat.

    Anak-anak muda sekarang lebih memilih untuk memakai pakaian yang terdedah seperti skirt pendek, baju atas pusat, seluar ketat dan baju sendat.

    Gambar Freepik

    Saya juga dapat perhatikan ramai generasi muda sekarang lebih mementingkan bahasa Inggeris berbanding Melayu dari segi pergaulan.

    Sebagai seorang individu yang membesar dengan seni dan budaya bangsa, saya berasa sedih melihat bagaimana warisan seperti bahasa ibunda dan pakaian tradisi kini hanya tinggal kenangan serta hanya dipakai atau digunakan pada hari-hari tertentu seperti Hari Kebangsaan atau Hari Raya sahaja.

    Saya percaya, antara punca budaya ini semakin terpinggir ialah kurangnya penekanan dalam pendidikan dan peranan keluarga yang tidak memperkenalkan anak kepada akar warisan mereka sejak kecil.

    Selain itu, pengaruh media sosial juga meletakkan budaya luar sebagai cool dan lebih bergaya, berbanding budaya sendiri yang dianggap lapuk dan tidak relevan.

    Kita perlu sedar bahawa tanpa budaya, hilanglah jati diri sesuatu bangsa.

    Langkah-langkah konkrit perlu diambil, seperti mengadakan program kesenian di sekolah, bengkel warisan di peringkat institusi pengajian dalam memartabatkan semula budaya Melayu agar tidak pupus ditelan zaman.

    Marilah kita sama-sama memastikan budaya kita bukan sekadar tinggal dalam buku sejarah.

    Ahmad Zulkifli

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...