Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warisan fesyen Fendi warnai suasana

    MILAN – Fendi meraikan 100 tahun dengan pertunjukan pentas mega baru-baru ini yang menyerlahkan asal usul studio fesyen Rom itu sebagai pembuat stole bulu mewah yang berkembang menjadi sentuhan seni jahitan Itali di bawah arahan kreatif mendiang Karl Lagerfeld dan Silvia Venturini Fendi.

    LIMA GENERASI FENDI

    Generasi kelima keluarga Fendi – kembar Dardo dan Tarzio Delettrez Fendi berusia 7 tahun – membuka pintu kayu yang besar di ruang pameran Fendi baharu dan luas untuk menandakan bermulanya pertunjukan ke-100 tahun, yang direka oleh nenek mereka, Venturini Fendi.

    Kembar itu memakai replika set paakaian ekuestrian yang pada asalnya direka oleh Lagerfeld, yang menyertai Fendi pada tahun 1965, dan segera berlari menuruni pentas pertunjukan untuk memeluk keluarga mereka.

    RAKAN FENDI

    Rakan-rakan lama studio fesyen itu berjalan di atas pentas pertunjukan itu, termasuk supermodel Eva Herzigova dalam gaun midi berlipat akordion dengan busur terikat di garis leher. Manakala rakan baharu, seperti penyanyi rap dan penulis lagu Australia, Bang Chan, beratur untuk mengucapkan tahniah kepada Venturini Fendi di belakang pentas selepas persembahan itu.

    Sarah Jessica Parker, Matt Bomer, Hailee Steinfeld, Ashley Park dan Philippine Leroy-Beaulieu adalah antara senarai bintang televisyen, filem dan muzik adalah antara yang hadir pada majlis itu.

    ATAS & BAWAH: Para model memperagakan ciptaan koleksi wanita Fendi bagi Musim Luruhl/Sejuk 2025-2026 yang dipersembahkan di Milan, Itali. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    WARISAN KEKAL

    Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2025-2026 menyerlahkan warisan besar jenama itu – dengan tumpuan pada seni jahitan bulu dan kulit bagi jenama Fendi.

    Penampilan pertama ialah kot bulu, diperbuat daripada bulu tetapi mewah seperti mink atau sable. Kot abadi yang lebar di bahagian bawah, dilengkapi dengan lengan bulat atau kolar dramatik.

    Gaun knit bergaris dihias dengan labuh selada kerinting. Satu siri rupa chevron dalam kulit dan knit merupakan kelas induk dalam mutu kerja seni jahitan. Tudung knit dengan jaring muka memberikan gaya borghese bagi mereka yang lebih muda.

    Gaun kulit lembut untuk wanita dilengkapi dengan set pakaian kulit berkualiti. Lapisan lacey menyerlah pada gaun malam seolah-olah mengintip dari sut lelaki atau pakaian knit berhias.

    Beg Peekaboo dan Baguette ikonik jenama itu disertai oleh Beg Perisik, yang kembali dengan pemegang berpintal. Manakala anak patung besar yang digantung dari beg memberikan sentuhan lucu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda