Friday, April 25, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Warisan seni, budaya ASEAN miliki potensi besar’

    KUCHING, 24 APRIL – Warisan seni dan budaya negara ASEAN yang kaya menawarkan potensi besar untuk terus berkembang, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

    Beliau berkata pada beberapa tahun kebelakangan ini, ASEAN bukan sahaja maju dari segi ekonomi, tetapi juga menyaksikan pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap warisan seni dan budaya.

    Warisan unik ini katanya, telah muncul sebagai satu daripada laluan untuk mendorong pertumbuhan inklusif, mewujudkan peluang pekerjaan, memperkasakan komuniti tempatan dan memelihara tradisi yang kaya.

    “Daripada kraf purba kepada seni kontemporari, daripada perayaan Orang Asli kepada warisan kulinari aset budaya kita ialah ekspresi hidup kepada identiti dan sejarah kita yang dikongsi bersama,” katanya dalam ucapan pada perasmian Mesyuarat Majlis Komuniti Sosiobudaya ASEAN (ASCC) ke-33 di sini hari ini.

    Tiong berkata dengan memperkukuh kerjasama merentas sempadan, menyusun pengalaman seni dan budaya yang mengasyikkan dan menyepadukan penceritaan ke dalam strategi pelancongan, ASEAN boleh menawarkan dunia sesuatu yang benar-benar unik. – Bernama

    Tiong semasa mempengerusikan Mesyuarat ke-33 Majlis ASCC pada 24 April. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda