Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warna asas pilihan utama Salvatore Ferragamo

    Oleh Zanyra Dawoud

    Gambar dari Vogue

     

    JENAMA terkemuka, Salvatore Ferragamo telah memilih rangkaian warna-warna asas seperti coklat, hitam, beige, taupe dan kelabu sebagai warna utama pada rangkaian koleksi fesyen terbaharu bagi Minggu Fesyen New York baru-baru ini.

    Warna-warna asas ini sememangnya dianggap sebagai warna selamat dan seringkali digunakan bagi individu yang ingin tampil dengan suatu gaya yang menarik.

    Menariknya, rekaan yang ditampilkan untuk koleksi ini adalah bersesuaian untuk kaum lelaki dan juga perempuan.

    Antara rekaan yang ditampilkan bagi kaum lelaki adalah seperti baju T, kot panjang, seluar panjang, jaket dan baju kemeja.

    Manakala, rekaan gaun panjang, gaun koktel, seluar, jaket, cape, jumpsuit dan skirt panjang turut ditampilkan dalam koleksi terbaharu ini bagi kaum wanita.

    Corak bunga dengan gabungan warna biru dan asas turut disatukan bagi memberikan sentuhan feminin pada gaya yang ditampilkan.

    Secara keseluruhan, walaupun rekaan Salvatore Feraggamo ini kelihatan agak ringkas dan selamat namun ia tetap dapat memberikan gaya eksklusif kepada individu yang menggayakannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda