Oleh Zanyra Dawoud
PELBAGAI jenis tekstil yang digunakan dalam koleksi terbaru dari jenama Murral yang diusahakan oleh dua pereka terkemuka, Ayumi Sekiguchi and Yusuke Muramatsu sempena dengan kehadiran musim bunga.
Motif botani jelas merupakan konsep utama yang ditonjolkan di mana corak bunga turut diterapkan pada beberapa pasang busana yang ditampilkan di dalam koleksi terbaru ini.
Di samping itu, corak polos juga turut ditampilkan dengan penggunaan warna-warna yang terang seperti merah, biru dan beberapa warna pastel seperti ungu, merah jambu, putih dan perang muda serta warna asas iaitu hitam.
Menyentuh mengenai rekaan pula, kedua-dua pereka itu jelas cukup kreatif dengan mengambil konsep barang di dalam rumah seperti langsir, sarung kusyen dan perabot di dalam rekaan mereka seperti menerapkan gabungan ruffle dan yang menyerupai seperti langsir dengan cara yang cukup kreatif.
Sepasang jaket dengan penggunaan fabrik yang polos juga kelihatan sangat menarik dengan penambahan motif bunga pada bahagian lengan yang setentunya akan dapat menyerikan pesona gaya wanita yang menggayakannya.
Secara keseluruhan rekaan dua pereka di bawah jenama Murral ini sangat kreatif dan kekal menampilkan ciri elegan dan feminin pada wanita yang menggayakannya.