Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warner Music tamat kontrak Kaka Azraff kerana pro-Palestin?

    Syarikat rakaman Warner Music Malaysia menerima kecaman netizen selepas tular berita mendakwa kononnya kontrak penyanyi Kaka Azraff ditamatkan berkuat kuasa mulai 31 Disember ini.

    Keputusan tersebut dikatakan berpunca kelantangan Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 34, mengecam tindakan tidak berperikemanusian dilakukan Israel terhadap Palestin.

    Memetik dari mStar, gara-gara berita tular itu, Instagram Warner Music Malaysia menerima komen kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati dan mahukan penjelasan lanjut daripada syarikat rakaman berkenaan.

    Malah ada juga yang meluahkan rasa marah dan meminta syarikat itu menghentikan operasi di negara ini.

    “Warner Music secara terangan menyokong Israel dengan membuang Kaka. Mohon keluar dari Malaysia.

    “Duduk Malaysia tak perlu nak jadi lembu dicucuk hidung Zionis sangat.

    “Memang silap besar Warner Music. Dia tak tahu netizen Malaysia macam mana,” komen netizen di posting terbaharu label berkenaan.

    Sebelum ini nama Kaka menjadi bualan hangat selepas dia disenaraikan oleh sebuah laman sosial, Jew Hate Database sebagai artis pro-Palestin.

    Perkara itu bermula susulan tindakan berani Kaka meninggalkan komen mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic beberapa minggu lalu.

    Laman sosial berkenaan juga menjalankan kempen menjatuhkan Kaka dan memperkenalkannya sebagai penyanyi yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia.

    Dalam temubual bersama mStar pada Jumaat lalu, Kaka memilih untuk tidak mengulas tentang isu penamatan kontrak tersebut dan mohon diberi masa sebelum membuat sebarang kenyataan.

    Sementara pada 13 Oktober lalu, syarikat Warner Music Group memuat naik hantaran Instagram yang menyatakan sokongan terhadap Israel selain turut melabelkan Hamas sebagai kumpulan pengganas. – Agensi

    Kaka Azraff secara lantang mengecam tindakan tidak berperikemanusian dilakukan Israel terhadap Palestin. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda