Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mac – Restoran hidangan tradisional Indonesia, WaroengPenyet kini memiliki cawangan ke-4 yang terletak di lantai bawah Hotel Venice Lodge, Kiarong di sini, bermula hari ini.
Cawangan keempat ini dibuka untuk memberi kemudahan bagi para penginap hotel dan seterusnya bagi para pelanggan di sekitar Kampung Kiarong dan Beribi yang ingin menikmati juadah di restoran tersebut.
Selain itu, WaroengPenyet juga akan membuka cawangan kelimanya pada bulan ini di Daerah Tutong.