Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warriors belasah Clippers lagi

    LOS ANGELES, 3 Feb – Stephen Curry menjaringkan 29 mata dan Kevin Durant menambah 26 mata semalam ketika pasukan Golden State Warriors meneruskan penguasaan mereka ke atas Los Angeles Clippers dengan kemenangan 133-120.

    Pasukan Warriors menewaskan Clippers buat kali ke sembilan berturut–turut, biarpun ketiadaan Draymond Green, Zaza Pachulia, Shaun Livingston dan David West kerana kecederaan.

    Green direhatkan dengan kecederaan bahu kiri yang dialaminya ketika perlawanan di gelanggang sendiri pada Rabu lalu menentang Charlotte Hornets.

    “Kami mempunyai pasukan besar dan semua pemain sesuai dengan peranan mereka dan melaksanakan rancangan permainan, identiti kami, setiap malam tidak mengira siapa yang bermain,” kata Curry selepas pasukan Warriors memenangi perlawanan kelima berturut-turut.

    Mereka menghasilkan 52.3 peratus jaringan, dan sementara 14 ‘three-pointer’ yang dihasilkan tidak menghampiri kejutan 21 yang mereka hasilkan ketika menentang Hornets, ia masih lagi susulan yang menarik.

    Pemain Los Angeles Clippers, J.J Redick (tengah) membuat percubaan namun cuba dihalang oleh dua pemain Golden State Warriors, Patrick Mc Caw (kiri) dan Kevin Durant dalam aksi separuh masa kedua NBA di Los Angeles. – AP
    Pemain Los Angeles Clippers, J.J Redick (tengah) membuat percubaan namun cuba dihalang oleh dua pemain Golden State Warriors, Patrick Mc Caw (kiri) dan Kevin Durant dalam aksi separuh masa kedua NBA di Los Angeles. – AP

    “Kami perlu lebih sihat,” kata Curry. “Tetapi telah menunjukkan permainan seperti ini secara berterusan, dengan terlalu ramai pemain yang direhatkan, ia adalah malam yang menarik.”

    Satu–satunya ‘three pointer’ yang dihasilkan Curry pada separuh masa pertama adalah yang ke-200 bagi dirinya pada musim ini, menjadikannya pemain NBA yang pertama untuk menghasilkan 200 atau lebih ‘three pointer’ dari sekitar gelanggang dalam lima kempen berturut–turut.

    Dia menamatkan dengan tiga ‘trey’, menghubungkan 11 daripada 23 pada keseluruhannya dari gelanggang dan juga mencatatkan 11 daripada 38 asis bagi pasukan Warriors.

    Durant mencatatkan 10 asis dan lapan ‘rebound’ bagi Warriors. Klay Thompson menjairngkan 21 mata ketika tujuh pemain Golden State menghasilkan jaringan dua digit. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda