Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warriors berjaya ke saingan playoff

    SAN FRANCISCO, 16 APRIL – Jimmy Butler yang menyerlah di pentas besar telah mengurangkan tekanan ke atas Stephen Curry, dan kini mereka membawa Golden State Warriors ke saingan playoff.

    Butler menjaringkan 38 mata, tujuh rebound dan enam assist, mencipta peluang di kedua-dua hujung gelanggang pada setiap kesempatan.

    Curry pula menyumbang 37 mata dan Warriors memperoleh kedudukan ketujuh dalam Western Conference selepas menewaskan Memphis Grizzlies 121-116 dalam kejohanan play-in semalam.

    Curry melakukan jaringan tiga mata dari sudut dasar gelanggang dengan baki 1:50 minit dan satu lagi dari sayap kiri dengan baki seminit sebelum menjaringkan empat lontaran bebas dalam lima saat terakhir.

    Golden State kini akan berdepan siri pusingan pertama best-of-seven menentang Houston Rockets, bermula dengan Perlawanan 1 pada Ahad di Houston.

    Reaksi para peminat dan Stephen Curry selepas menjaringkan jaringan tiga mata pada separuh masa kedua perlawanan kejohanan play-in NBA menentang Memphis Grizzlies di San Francisco, pada hari 15 April. – AP

    “Ia mengambil masa 83 perlawanan tetapi kami berada tepat di tempat yang kami ingin-kan, iaitu kembali ke playoff dan kami mempunyai peluang,” kata jurulatih Steve Kerr.

    Curry mencatatkan lapan rebound, empat assist dan menjaringkan sembilan daripada 22 percubaan sambil sering dikawal rapi oleh Scotty Pippen Jr sebelum Pippen dikeluarkan kerana mengumpul lima kesalahan.

    Curry sebelum ini mencatatkan 52 mata menentang Grizzlies di gelanggang lawan dalam kemenangan 134-125 pada 1 April dan kali ini Grizzlies menjadikannya sasaran utama – lalu Butler mengambil alih peranan. “Dia memang luar biasa,” kata Draymond Green.

    Butler mengetuai empat penguasaan jaringan berturut-turut untuk meletakkan Warriors di hadapan 31-18 lewat suku pertama — membantu dunk Gary Payton II yang memotong ke dalam, memberikan hantaran kepada Post untuk jaringan tiga mata, serta menjaringkan satu tiga mata dan melakukan permainan tiga mata.

    Butler langsung tidak menunjukkan tanda-tanda terjejas akibat kecederaan otot bahagian hadapan paha kiri selepas terkena lutut Kawhi Leonard pada Ahad.

    Warriors sebenarnya berharap untuk mengelakkan perlawanan tambahan itu, tetapi tewas dalam masa tambahan kepada Clippers dalam penutup musim biasa pada Ahad — kekalahan ketiga di laman sendiri dalam minggu terakhir. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda