Friday, January 31, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warriors kecewakan Thunder

    LOS ANGELES, 30 JAN – Golden State Warriors berjaya menewaskan pasukan Western Conference, Oklahoma City Thunder 116-109, kelmarin meskipun pemain bintang Shai Gilgeous-Alexander menjaringkan 52 mata bagi pasukannya.

    Andrew Wiggins menjaringkan 27 mata dan pemain bintang Warriors, Stephen Curry, menjaringkan 17 daripada 21 mata pada separuh masa kedua ketika Warriors bangkit daripada ketinggalan dan memberikan kemenangan pada akhir permainan.

    “Kami hanya perlu kekal kental,” kata Curry, yang menyertai pertandingan itu selepas mengalami kekurangan jaringan mata dan hanya mengumpul jaringan empat mata pada separuh masa pertama.

    Thunder, didorong oleh jaringan 31 mata separuh pertama daripada Gilgeous-Alexander, yang mendahului sebanyak 14 mata pada separuh masa pertama dan mendahului jaringan mata 58-48 pada rehat.

    Bagaimanapun, Warriors berjaya mengubah kedudukan jaringan mata dengan mengikat pasukan lawan pada suku keempat.

    Kedua-dua pasukan telah bertukar-tukar penguasaan lima kali pada minit-minit permulaan suku terakhir, di mana Kevon Looney meletakkan Warriors di depan menerusi dua lontaran percuma dengan baki 8:18.

    Jaringan tiga mata Curry meletakkan Warriors mendahului jaringan mata 109-103 dengan baki 1:52. Wiggins kemudian menambah jaringan tiga mata termasuk Gary Payton II turut memperoleh jaringan mata untuk meningkatkan pendahuluan Warriors.

    “Kami memerlukan setiap kemenangan,” kata Curry selepas Warriors meningkat kepada keputusan 24-23. – AFP

    Dennis Schroder (kanan) bersaing untuk mendapatkan bola dengan Gilgeous-Alexander semasa perlawanan bola keranjang NBA pada 29 Januari, di San Francisco. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda