LOS ANGELES, 27 Mei – Golden State Warriors membuktikan kecekalan mereka semalam setelah bangkit menewaskan Houston Rockers 115-86 untuk mara ke perlawanan penentuan dalam NBA Western Conference.
Klay Thompson menjaringkan 35 mata, Stephen Curry menjaringkan 29 mata dan Kevin Durant menambah 23 ketika Warriors bangkit dari defisit suku pertama 17 mata untuk mengikat kedudukan siri best-of-seven menjadi 3-3 dan mengekalkan usaha mereka untuk siri kejuaraan keempat berturut-turut terus terselamat.
“Saya tidak mahu pulang,” kata Thompson, yang menghasilkan sembilan three-pointer.
“Kami telah bekerja keras musim ini untuk pulang.”
Tetapi pada mulanya, Warriors seolah-olah akan melakukannya.
Rockets, yang mendahului liga dengan 65 kemenangan musim biasa, mengatasi Golden State pada suku pembukaan ketika mereka mendahului kedudukan 39-22. Calon pemain Most Valuable Player dari Houston, James Harden mendominasi permainan lebih awal, menamatkan dengan 32 mata, sembilan asis dan tujuh rebounds.
Tetapi pertahanan Warriors mengekang pergerakan Harden pada suku kedua dan Rockets merasakan ketiadaan pemain pertahanan Chris Paul, yang mengalami kekejangan hamstring kanan dalam kemenangan perlawanan kelima Rockets.
“Saya merasakan Klay beraksi menarik malam ini, bukan hanya bagi 35 mata dan sembilan three-pointer, tetapi pertahanannya,” kata jurulatih Warriors, Steve Kerr.
“Lelaki ini adalah sebuah mesin,” tambahya. Warriors menunjukkan petanda kebangkitan pada suku kedua, menghimpunkan jaringan 23-11 dan mengurangkan defisit kepada lima mata. Tetapi mereka mengekori 61-51 pada suku pertama. Kemudian tiba salah satu kebangkitan biasa mereka suku ketiga.
Golden State memulakan suku kedua dengan jaringan 11-0, mendahului buat kali pertama sejak beberapa minit pembukaan apabila Curry menghasilkan three-pointer bagi kelebihan 62-61. – AFP