Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Warriors tewas di tangan Lakers

    LOS ANGELES, 28 JAN – LeBron James dan Los Angeles Lakers menewaskan Steph Curry dan Golden State Warriors 145-144 dalam aksi tambahan masa berganda NBA, kelmarin.

    James, mencabar statusnya sebagai pemain tertua dalam liga pada usia 39, menjaringkan 36 mata dengan 20 rebound dan 12 assist dalam 48 minit di gelanggang.

    Curry, MVP dua kali berusia 35 tahun, menamatkan saingan di pihak yang kalah walaupun mempamerkan prestasi cemerlang dengan 46 mata dengan tujuh assist.

    MVP empat kali, James, menamatkan permainan dengan menjaringkan dua lontaran percumanya dengan perlawanan hanya berbaki satu saat pada masa itu.

    Warriors mendahului satu mata hasil lompatan hebat 28 kaki, jaringan tiga mata oleh Curry dengan baki 5:02 saat.

    Klay Thompson pula membawa permainan ke babak kedua masa tambahan selepas lompatan 25 kaki untuk jaringan tiga matanya dengan berbaki tujuh saat.

    Semua itu berlaku selepas Curry menyamakan kedudukan perlawaan yang menarik dengan baki 5:02 saat.

    James berkata pertarungan dengan Curry adalah pertarungan yang akan dilihatnya kembali apabila kerjaya Hall of Fame sudah berakhir. – AFP

    James (kanan), dikawal oleh Curry pada separuh masa pertama di Chase Center pada 27 Januari, di San Francisco, California. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...